Sambungan dari CBL Day 1.
31 Mei 2015
Hari kedua. Bangun pagi nak tengok sunrise, sunrise takde. Hahaha. Sunrise ada cuma diliputi dan ditutupi kabus, jadi tiada lah kiranya. Yang ada cuma selfie semata.
Hampa dan pulang cari makanan. Serabut makcik tengok anak-anak ramai jadi Eddy ajak p tengok tapak nak mandi. Confirm tak berpaling kalau dah tengok tempat mandi yang cantik menarik tertarik. Terpengaruh jugak lah. Hahaha.
Airmu mengalir |
Gerimis mengundang |
Sarapan pagi berupa nasi lemak kerjasama Hana dan Atounk. Paling setia membuat air adalah gg. Bagus depa ni. Rajin.
Kemudian Mel kata nak naik Berembun. Ikut plan, Atounk memang nak naik dan daypack ke sana. Saya teragak-agak. Sebab semalam kan dah pewai. Kalau tak pergi rugi. Dengarnya 2 jam gak nak sampai. Pastu tanya Adib, xpe ke nak ikut? Macam mana kalau saya lambat? Takpe boleh tunggu katanya. Ok. Terus siap. Barang tumpang beg Mel. Berlenggang bawak diri dan tongkat je. Thanks korang.
Jadi kami berempat yakni saya, Atounk, Mel dan Adib meneruskan perjalanan ke Berembun. Dan yang lain memilih untuk tiruk di Jeram Lesung.
Berkali-kali Atounk kata betul nak g Berembun ni? Tak menyesal? Baiklah mandi, penat naik Berembun ni. Sementelah kami melintasi Jeram Lesung, giler tak terpikat hahaha. Cet. No turning back. Hati kena kuat. Balik kang still boleh singgah mandi.
Jeram Lesung |
Amik feel dulu |
Rehat amik nafas sebab lepas tuh trek menaik tinggi. Takde diskaun kat sini. Memang dah prepare dah 2 jam nak mendaki. Jalan punya jalan dalam pukul 11 camtu jumpa jalan macam permatang. Berlumut dan lantai tanah pun lembut. 11.10 pagi, eh dah sampai. Rupanya 2 jam tuh perjalanan pergi balik. Hurm.
Rehat dan berjumpa sekumpulan pendaki. Mereka naik dari Kem Y. Yang kami tak lalu pun semalam sebab kami buat reverse track, terus ke Langsir, tak melalui Berembun. Balik nanti pun kami akan melalui jalan yang sama.
Dan mereka mencadangkan kami ke Taman Bonsai, cantik katanya. Tak jauh pun. 10 minit je trekking. Dan ternyata pemandangan nya cantik sekali. Pokok renek, cuaca baik, nikmat apa lagi yang mahu didustakan.
demi shot menarik beliau relakan |
Puas bergambar dengan props yang dibawa, kami beransur ke Berembun semula. Ambil gambar lagi. Jumpa budak UMT. Offer coklat mereka menolak,nampak pewai tapi bila nampak Mel bawak keluar props berbentuk mawar pelbagai warna terus segar lol.
Dan kami beransur, pukul 1 tiba di Jeram Lesung. Mandi pagi campur tengah hari. Dan pukul 2 kami tiba di campsite.
Ni gambar tirukan dari mereka yang tidak join ke Berembun. Kemain uols meniruk mandi manda ye. Siap wefie dalam air lak tuh. Hins.
Lesung besar dan belakang nya lesung kecil. Yang kiri tuh dalam sikit |
Bocah dan mossy trekkers |
Menu lunch adalah tomyam sayur dan telur dadar. Ohsem. Ohsem lagi sebab gogo apek yang hidang hahaha.
Rehat, aktiviti sendiri, ada yang p batu besar amik line celcom. Batu besar tempat lepak nak tengok view sunrise pagi tadi tuh. Nak tidur pon boleh. Hana sambung di dapur membuat lempeng cicah sardin. Cicah madu pun sedap.
Our campsite |
Model gajah duduk |
Batu and view |
Batu dan buku |
Lempengsss |
Keretapi |
Kembali ke campsite, Maghrib dan kami menikmati makan malam berupa kari daging dan sayur kobis. Lebihan bancuhan lempeng tadi, dibawa sampai ke malam dan dinikmati bersama lebihan kari di atas batu. Sambil berbaring, sambil melihat bintang, mendongak langit, menikmati kopi dan lempeng, dan kami hanyut dalam kepekatan malam.
Join abg jackpo, ira, kak hailwar n kak najmah |
Siapa rajin sambung slot hati ke hati bawah hammock, yang bawah fly awal2 dah lena diulit mimpi. Ada sorang ni tak pandai tidur lagi, tak pasal-pasal kena tolong habiskan air. Adib lah ni terlebih rajin buat milo ke kopi. Haha. Dan esok kami akan kembali. Kembali meneruskan perjalanan dan meninggalkan tempat ini.
Terima kasih Langsir untuk dua hari ini.
Versi Hana untuk hari kedua kat sini.
No comments:
Post a Comment