Bertemu kembali. Teaser yang lepas macam xberapa nak teaser sangat. Haha. Takpe la ni kita cerita lebih dan detail sikit dan up gambar yang menawan gitu.
From KL to CBL. Takdelah KL sebenarnya. Dari Klang yang ramai, Teluk Intan pun ada. Syabas. Ada yang dari Johor pun sanggup datang. Kudos. Paling gigih yang gerak pas kerja. Memang ohsem bertingkat-tingkat.
Plan ke CBL yakni Chemerong-Berembun-Langsir telah dirancang lebih lama. Dan permit serta kelulusan dari Jabatan Perhutanan Terengganu pun telah diperolehi lebih awal. Terima kasih gogo Apek dan team dari #bocahxvnture.
29 Mei 2015
Plannya saya akan car pool dengan Hana, Mel dan Afen. Kebetulan ada kursus di Genting Highlands, jadi pas habis slot malam tuh saya cabut dan Hana akan fetch saya di stesen Petronas Genting Sempah.
Ditakdirkan Hana terlajak sampai ke Petronas Lentang. Hahahahahaharu. Dan Hana menghubungi penyelamat dan datanglah Syafiq dan Hakim yang mujur belum limpas lagi kawasan berkenaan. Kiki.
Total kenderaan semua ada 6. Masa berlepas semua berbeza, Last2 janji bertemu di RnR Temerloh sahaja. Minum dan makan bagi yang berkenaan dan kami meneruskan perjalanan ke Bandar Al Muktafi Billah Shah. Bangun2 tidur nampak garis cahaya mentari di balik ladang kelapa sawit. Cantik. Dan kami berhenti di Masjid Muktafi Billah Shah untuk menunaikan kewajipan.
30 Mei 2015
Usai solat, separuh dari kami terus ke tempat kejadian iaitu Air terjun Chemerong, dan selebihnya mencari bekalan buat sarapan. Nasi Dagang menjadi pilihan dan kami meneruskan perjalanan ke lokasi yang dijanjikan, berjarak hampir 30 km dari pusat bandar.
Tiba di kaki air terjun, pembahagian ration bahan mentah, snack dan bekalan on track dibuat. Taklimat oleh Apek dan Sharil, regangan oleh Afa dan bacaan doa oleh Gaban moga dipermudahkan perjalanan dan pendakian. Total ahli rombongan seramai 20 orang semuanya. 2jejaki, 18 jejaka. Muda-muda dan ganteng belaka.
Tepat pukul 10 pagi, dan kami mula mendaki. Diketuai oleh atounk di depan.
Melewati jambatan gantung, dan perjalanan yang sukar pun bermula. Saya pewai di awal perjalanan. Hahaha. Drop my water face lol. Dok studi Bukit Taubat padahal anak taubat lagi mencabar, dengan jarak yang panjang. Sobs. 2 jam gak lah sangkut kat situ, 12.30 baru I tiba di kaki Bukit Taubat. Maaf telah melambatkan kalian dan menyusahkan bawak beg pula. Mujur pas Bukit Taubat tuh i dah recover kononnya. Special thanks to Apek, Adib, Abe n Hana.
Muka2 di belakang yang tolong sweep penangkap gambar |
lama depa berehat sementara menanti kami |
Bukit Taubat. Paling susah orang kata. Siksa sebab bertali tapi sekurang-kurangnya jaraknya pendek tak macam tadi. Lebih kurang 1.15 tengah hari dan kesemua kami selamat tiba di Kem Balak, port untuk makan tengah hari berupa nasi impit dan rendang. Nyummy.
Bukit Taubat |
Itu Kem Balak |
Redah anak sungai |
Jangan cakap abang tak payung |
Alih dapur sebab banjir T_T |
Hujan. Bukak fly, tapi banjir jugak. hahaha. Tunggu punya tunggu, agak hujan dah teduh sikit dalam pukul 3 petang baru kami sambung pendakian. Meranduk anak sungai, dengan deras selepas hujan, Alhamdulillah perjalanan nya lancar.
Kalau x hujan, mungkin jernih air di sini |
3.40 petang kami tiba di Seraya Besar. Dan dari sini kami bakal diuji kerana trek mencanak tinggi dan laluan nya walaupun permatang namun jauh ntah bila nak sampai xpasti. Mental jugak kat sini. Bertepuk tangan, bersahut-sahutan, dengar bunyi kawan sambut macam dekat kedengaran, tapi tak jugak nampak bayang rakan di depan. Sejam jugak berjalan dan kemudian kami tiba di puncak tipu. Nampak Syafiq, gg dan Hakim tengah bersantai. Eddy dan Gaban di depan, tak lama kemudian Napi lak sampai. Diikuti yang lain, Afa, Tuek, Fadzil, Boboy and Wan.
Itu Langsir, tempat yang kami nak tuju |
Rehat jap, pastu saya decide untuk follow Eddy, Syafiq dan Napi ke Sungai Bangan. Laju betul depa last2 tinggal i sorang je on track. Dah pikir macam2 time ni chuak juga tapi teruskan je perjalanan. 20 minit terasa lama. Dan akhirnya nampak kelibat mereka. Kena beratur sat nak turun sebab depan kami ada group of 40 dari Mossy Trekkers.
Sungai Bangan. Tapi orang dok pronounce Sungai Bangang. Sebab kalo Terengganu biasa tambah G kat belakang kan. Sabo ajelah. Cantik sungai nya, sejuk tapi keruh sebab baru pas hujan. Rehat sambil tunggu semua ahli kumpulan sampai, Syafiq siap tidur atas batu lagi. Mantap.
Terusan Suez katanya. Keruh. |
5.45 petang dan kami meneruskan perjalanan yang berbaki sejam sahaja lagi. Tapi bertabah jelah trek macam tadi. Menaik tanpa berhenti. Banyak juga berhenti dari berjalan. Pacak gila. Dah hujung2 sikit baru jumpa permatang. Boleh pula tak perasan akar tengah jalan lalu terjatuh bergelimpangan depan abam gaban Haha. Kesian. T_T
6.40 petang dan kami selamat tiba di destinasi. Terkejut dapat port cantik awesome sekali sebab depan kami kan ada group 40 orang, jadi memang dah bajet akan penuh. Rupanya depa ke depan sikit, ke Jeram Lesung. Rezeki kami.
Dinner berlaukkan ayam masak kicap dan kacang panjang goreng hasil masakan Hana bersama anak-anak. Rajin jejaka-jejaka ni tolong kat dapur. Boleh pm saya jika berminat. Kenyang-kenyang mandi sat dan tidurlah kami.
Sekian untuk Day 1. Versi Hana boleh baca kat sini.
Sehingga bertemu lagi.
ishh....dgr pun dah gerun mmg x mampu lah Ajlaa..u mmg daebak....2 jejaki je?....dorang berdua ohsem!! mmg kaki gunung lah...perlu redah sungai semia bagai, hujan., licin lagi..Fuhh..lap peluh!
ReplyDeleteWishlist JM sebab tuh gagahkan jua. Berdua lebih baik gitu. Ok sebenarnya. Kitorang pun biasa2 je. pace masing-masing tak sama. Rinjani dah sampai in sha Allah yang ni xde hal. Tulah. merasa kitorang hujan licin semua
DeleteMeriahnye la... kagum!
ReplyDeletehaha the more the merrier.
Delete