Wednesday 7 January 2015

Namaste Nepal : Day 6 (Sarangkot, Pokhara - Thamel, Kathmandu)

Assalamualaikum

Sambungan dari sini.

Morning. Hari kedua di tahun baru. Tahun baru 2014 ye. Dah setahun cerita ini.

Hari ini akan ke Sarangkot.
Belanja view dari rooftop hotel

Sarangkot ni femes sebagai salah satu tempat untuk melihat sunrise. Kitorang nak g tengok memang taklah. Sebab dengar kena bangun pukul 4 pagi. Last2 g pas breakfast je. Niat di hati nak cuba paragliding. Murah je. Rate USD 70-100 kalo x silap. Tetapi benda ni kena book awal. Sehari sebelum tu pun kene inform sebelum petang. Depends jugak. Rugi rugi. Bukan rezeki.

Ke Sarangkot kita. Pemandangan adalah clean and clear. Nampak terang jelas dan nyata puncak2 yang ada. Melepak je kitorang kat sini. Feeling2 gitu. Ingat nak amik lunch siap2 sebab flight tengah hari nanti, tapi kenyang lagi jadinya kitorang amik morning tea je. Sambil cecah biskut.






Ini Gee. Bukan auntie. hee
Tengok auntie menenun pashmina. 100% pashmina katanya so merembat lah jugak. Convert duit Msia dalam range RM20 ke 30 camtu. lembut kainnya. Ada jugak lah tangkapan dari Pokhara kan. Semalam jalan2 takde rasa nak membeli. Takut kat Thamel murah lagi. Kagum ok tgk makcik ni cakap Jepun dengan pelancong Jepun. This is amazing (Anna, Frozen)

Sampai masa, kitorang pun depart ke Airport bagi meneruskan perjalanan ke Kathmandu pula. Kena bayar airport tax kat sini. Airport tax perlu dibayar berasingan dekat kaunter Nabil Bank. Still dalam compound yang sama.


Flight kali ini memerlukan kami menimbang badan dan luggage baggage semua sekali. Macam twin otter, tengok2 lak bila naik arrangment seat 1-1. Kitorang duduk belakang sekali. Seat bertiga. Boleh tengok pramugari buat apa. Dapat minuman bergas dan gula2.


Penimbang rare. Mohon timbang di sini.






Best nya naik flight kecik ni sebab view sangaaaaaaatttt dekat since die terbang rendah je kan. Time nak mendarat cuak sikit tapi flight ini telah berjaya mendarat dengan selamat. Syabas.




























manual je semua
ambil beg pun manual untuk domestic flight
Sesampai di airport Kathmandu, amik barang, cari driver dan beliau telah mendrop kan kami di Thamel. Rehat2 sebarang dua pastu mulalah cari makanan. Hahaha. Lapar kot. Mintak direction Anatolia Restaurant dari reception, sebab tengok dan baca itu antara restoran halalan thaiyyiban yang mendapat review yang bagus.

Portion besar, harga standard, makanan pon sedap. Perjalanan pulang ke hotel bersimpang-siur lah jugak. Hampir terlepas simpang. Banyak alley. Banyak sale. Lagi2 barang outdoor. Sempat merembat pashmina, 3 USD 10. Sama harga Malaysia dapat RM10/pc. Bezanya yang kat sini kualiti lembut sikit.

Singgah sebentar di supermarket nak cari air mineral, skali naik atas terjumpa fridge magnet. Memang borong sovenir kat situ je gamaknya. Murah pun ye.



Plan malam ini adalah berjumpa dengan Puru untuk menikmati cultral dinner at typical nepali restaurant.
Jalan kaki dari hotel. Nampak satu lagi kedai halal. Al-Medina xsilap.

Dhal Bhat

So-so je bagi saya tempat yang Puru bawak ni sebabnya kitorang dah kekenyangan makan nasi briyani dengan kebab siang tadi. Haha. Actually makan kat restoran/kedai biasa lagi sedap banding kitorang makan ni. Ekslusif sebab ada cultural show mungkin.

Kenyang2, borak2 then kami beransur pulang ke hotel. Kemas barang siap2. Esok nak balik dah.

No comments:

Post a Comment