Thursday, 25 September 2014

Namaste Nepal : Day 5 (Pokhara)

Assalamualaikum

Sambungan dari episod terdahulu.

Hari baru. Selamat tahun baru!
Kemain tahun baru di oversea. Overst. hahaha

Ada drama sikit bilamana Gee cari kamera x jumpa. Rasanya tertinggal dalam van semalam. Kan balik dah agak malam. Van pulak tak sama dengan van yang kitorang pakai hari ni. Bagitau Prakash, jumpa juga akhirnya. Contact sana sini. Mujur selamat kamera tersebut.

Selepas breakfast di hotel kami berjalan-jalan di sekitar Pokhara since tour akan start tengah hari kan. Berjalan2 window shopping sambil melihat hasil tinggalan sambutan tahun baru malam sebelum itu.

view dari rooftop hotel.bahagia rasa bangun pagi nampak snowy mountain


Memang easy morning lah sebagaimana itinerary. Sengal di kaki akibat trekking masih berbekas jadi kitorang yang perempuan ni jalan diam-diam je kat belakang. Pokhara sangat aman damai. Singgah di Phewa Lake untuk bergambar. Tak jumpa pula kat mana orang amik gambar bot banyak-banyak jadi kita ambil gambar apa yang ada je.



nabil yang femes

happy 2014




Phewa Lake
Tengah hari camtu bila van dah tiba, kami meneruskan perjalanan ke places of interest. Maaf tak ingat turutan tapi kitorang singgah kat tempat-tempat berikut:

Old Pokhara City. Lalu je. Tak tersinggah. huhu


Bindabasini temple. Aiseh ada tangga lah pula. Malas2 je nak naik. Kat sini ada orang akan approach cerita blabla pastu mintak bayaran. Kitorang lari awal2 dah tinggalkan hafiz sorang2. haha

Pintu masuk ohoh



Muzium ape tak ingat. Regional Museum rasanya. Xleh amik gmbr dalam. Tapi dia ada cerita pasal agama, budaya, geografi di Nepal. Ada cerita pasal agama Islam. Ditunjuk gambar pakaian yang dipakainya. Tudung = headkerchief. hee

Seti Gorge. Misteri nusantara ni. Sebab sungai mengalir tuh kat atas. Bawah tuh ada sungai lagi. I is pelik. Prakash bagitahu Pokhara ada kemungkinan akan tenggelam sebab bentuk muka bumi dia makin menghakis. Sungai kat bawah tuh pun makin ke bawah. termendap gitu.


Sungai di atas
Tempat keluar sungai
Jenguk kepala ke tepi, nampak sungai di bawah pula

Devi's Fall. Kitorang suspect macam tempat mulia sebab tengok nama camtu kan. Rupa-rupanya tempat berlaku tragedi. Here's the explanation.


In the noon of 31 July 1961, Mrs Davis a swiss citizen was swept away while taking bath with her husband a few metres ahead of the fall and she died. Her dead body had been taken out with a lot of efforts and since then it had been called Devi's fall

Ini fall nya. Tak dinafikan bentuk muka bumi dia agak cantik. Air pun boleh tahan deras

Gupteshwar Cave. Seberang jalan je. Gua ni boleh sambung ke Devi's Fall tadi. Kiranya tadi tengok dari luar, yang ni tengok dari dalam air terjun nya. Dalam gua ni ada kuil kecil tempat sembahyang. Orang ramai. Lantai licin dan bersesak2, jadi nak shot gambar tak berapa lah sangat.

Tangga nak turun ke gua
crdt to google. lebih kurang camni lah view dari dalam gua

Tibetan Refugee Camp tutup sebab new year.

Tamat sudah Pokhara Day Tour. Kitorang carik2 kedai makan sebab dah lapar tapi Prakash macam xberapa tahu. Jadi decide nak balik ke pekan Pokhara balik. I pulak lupa nak search kedai halal. Tanya2 kedai, tengok2 pun macam meragukan jadi last2 kitorang cari kat area hotel. Mujur jumpa kedai vegetarian typical Nepali restaurant.


Jom makan dhal bhat, lassi, fried rice. Semua sedaaaapppppp.

Orang local pelik2 dah tengok kitorang. Pelik lagi bila tengok makan pakai tangan. Muka memang dah ala2 Nepal dah. Prakash pernah cakap kat one of us "You look 99% Nepali." :) Ada je sudu tapi puas lagi makan pakai tangan. nyummm

Untuk maklumat restoran halal di Pokhara, abang Meng ada cte dalam blog beliau. Boleh cari bawah label Pokhara,

Aktiviti malam adalah light and easy. Mengurut kaki. Makan roti untuk kesekian kali. hihi. Heater bilik kitorang masih tak berfungsi. Since kitorang bertiga, mengalah lah hafiz untuk tukar bilik ngan kitorang. Muahahahaha. Ini baru namanya flexibility. Thanks guys. Mari ke Sarangkot esok.


7 comments:

  1. devi's fall tu serius unik bentuknya...yg sg mengalir ke atas dan bawah tu mmg ada terbaca tapi tak blh nak bayangkan macam mana keadaan sebenarnya..nak tunggu p sana, lihat sendirilah kot baru blh paham hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bentuk muka bumi dia menarik. Sungai tuh serius pelik. Kitorg duduk macam atas jambatan tgh2 nya sungai, bawahnya ada sungai lagi. Kitorang layankan je hehehe

      Delete
    2. Pokhara nice. Aman damai compare to kathmandu hee. Boleh fefeling gitu.

      Delete
  2. Selamat tahun baru, eh..

    Salute lah penat mendaki boleh g jalan2 lagi pastu. Tabik! (3 das tembakan dilepas keudara) hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi jea. Lama xjumpa. Bulan 9 baru nk up entri thn baru hahah T_T

      Ni jln slow2 je ni. Dalam gmbr die x capture segala sakit di belakang nya

      Delete
  3. kiranya dh lama story ni no wonder lah ..lama sgt menyepi nyer..tiba2 up entri nk ke Medan pulak :-)
    ahahaahh...siapa yg mukaala2 Nepal tu..lawak lah Ajlaa nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Adelah. Xleh sbt nama sbb kwn sy pon bc blog. Kena sumpah nnt. Sbb jln berkumpulan pastu ktorg bertudung xnmpk nepal sangat lah hee

      Lamakan baru berupdate. Brp bulan je lagi nk msk 2015. Very pemalas diri ini

      Delete