Sambungan dari episod sebelum ini
Usai melihat terbitnya mentari, kami bergegas turun ke guest house di Ghorepani. Makan2, mandi2 (eh tak ingat ada mandi ke tak sebab sejuk hahahaha), kami meneruskan perjalanan turun. Sejuk kot, minyak panas yang dibawa pon membekuuu. Panjang perjalanan hari ini kerana kami akan terus kembali ke Pokhara.
breakfast.curry pilihan hati |
bersama barangan angkutan porter |
Kami cuma berhenti beberapa kali untuk mengalas perut. Sempat tapau penkek dari atas sebab tak larat nak habiskan. Berpecah dah time ni. Kami bertiga di hadapan, Ita and Prakash kat belakang sikit.
Ramai pulak orang trekking today. Nak sambut new year dengan melihat matahari terbit mungkin.
Paling tak boleh blah jumpa rombongan budak2 sekolah,
Us : School trip?
Them : Yes.
itulah budak sekolahnya |
Sampai Ulleri, stress kejap sebabnya tangga mencanak itu hari akan kami tempuh sekali lagi. Nampak porter di hadapan, hari semakin mendung, ajak berhenti makan tengah hari. Berhenti je mana2 and opt for vegetarian meals. Mintak vegetables noodles. Macam megi bentuknya.
Selesai makan, nampak Ita and Prakash sudah. Yeay. Diorang berhenti makan dah kat atas. Jadi kita teruskan perjalanan ke Tikhedunga. Berhenti jap kat guest house mula2 untuk tumpang solat.
Ada je pilihan untuk naik keldai2 bagi cepat sikit sampai, tapi tak sanggup kot. Hahahahaha.
our first guesthouse. nmpk x iklan pony service? hihi |
Prakasah kata jika sampai awal, cop kan jeep untuk ke Nayapul. Ikutkan boleh lagi kalo nak jalan, tapi naik jeep pon ok. Mujur jugak naik jeep, sebabnya sampai Nayapul dah kegelapan. Dapat melihat pemandangan kampung dan meredakan kaki gitu. Ada juga orang kampung naik jeep yang berkenaan. Duduk kat atas, kalo nak turun, die ketuk2 atap jeep untuk alertkan pemandu. hihi.
buai laju2 |
Dari Nayapul, kami terus ke Pokhara. Tak berapa nak sedar time ni. Tahu2 dah sampai Pokhara, jalan banyak tutup,jadi van berhenti jauh sikit dari Hotel. Tak larat dah berjalan. Dengan sejuknya lagi.
Memandangkan esok New Year, jadi Pokhara agak meriah dengan bunyi2 muzik2 jualan2. Kitorang xpergi tgk pon sebab dah agak malam kan. Jadinya makan roti and tuna + milo 3 in 1 untuk dinner. Kenyang alhamdulillah. Pokhara tour bakal menanti kami esok.
No comments:
Post a Comment