Wednesday 29 May 2013

Kapit : The Ekspress

Assalamualaikum


Bertemu kembali. Sambungan kepada itinerari dahulu, Alhamdulillah kami selamat kembali dari Kapit. Ada dua trip sebenarnya.
13 hingga 17 Mei - trip kerja
25 Mei 2013 - trip saja-saja :)

Lewat hari ini, dikejutkan dengan tragedi ekspress karam di Belaga. Terkejut. Baru sangat kitorang balik dari Kapit Sabtu lepas. Dan dua minggu lepas, trip kerja kami cover sampai ke Belaga. Ekspress adalah kenderaan rasmi masa itu.



Terlebih muatan. Polis sahkan 23 orang hilang. 181 orang berjaya berenang selamatkan diri. Kapasiti penumpang 67 orang kot. It's ok jika pandai berenang. Jika tidak pandai? Wallahua'lam. Moga tragedi ini menjadi iktibar kepada semua: Lembaga Sungai Sarawak, Pengusaha Ekspress dan penumpang sendiri.

Bercerita mengenai ekspress, ekspress adalah nadi utama bagi menghubungkan Sibu dan Kapit, pedalaman Sarawak. Memandangkan lawatan kerja kali ini adalah ke Kapit, jadi kami telah menaiki ekspress dari Terminal Penumpang Sibu aka Sibu Wharf.

Route kami Sibu - Song - Kapit - Belaga - Sg Assap - Bintulu

Ekspress perlu dinaiki dari Sibu ke Song, Song ke Kapit dan Kapit ke Belaga. Ekspress ke Sungai Assap pun ada tapi kena turun di Bakun.

Berita kata, ekspress yang karam tadi adalah dari Bakun menuju ke Sibu. Sepatutnya mereka berhenti di Belaga tetapi sebab dah penuh, tidaklah berhenti. Saya percaya orang dok kejar ekspress itu sebabnya kalo tak silap kekerapan ekspress cuma lah satu kali sehari. Lagi musim orang pulang gawai, siapa mahu menangguhkan perjalanan pulang ke kampung bukan. Melencong pula. ahaha


Berbalik kepada Sibu Wharf tadi. Tiket boleh dibeli di kaunter. Berharga RM20.00. Sebab sampai awal, kami terus menaiki ekspress pukul 8.30 pagi. Dijadualkan tiba di Song jam 10.30 pagi. 2 jam perjalanan.

Ekspress ini ada banyak syarikat. Dan banyak jenis. Macam yang kami naik ke Song ni ada dua kelas. Business dan Economy. Bezanya dari segi susunan kerusi. Yang business selesa sikit lah sebab kerusi dua-dua. Aircond pun ada kuat. Economy kerusi ada padat sedikit. Tiga-Dua kalau tak silap. Kat tiket ada nombor tapi tengok orang macam main duduk je, jadi kte pun belasah je.



Oh, sebelum tuh. Sebelum naik kena isi borang dulu. Borang daftar penumpang kalau tak silap. Nama, no I/C, umur, jantina. Ada ruangan catatan, tengok orang tulis destinasi, kte follow je. Maaf lupa snap gambar. In case apa-apa jadi, eloklah isi. Saya cuma nampak borang ni di Sibu sahaja. Terminal yang lain rasanya macam tak ada. Hurm. 

First time naik, mengharapkan ada orang bagi taklimat keselamatan macam dalam flight. Berangan. haha. Tapi masa tuh ada juga tercari-cari di mana letaknya jaket keselamatan tapi tak jumpa.



Kami di Song sekejap je sebab nak kejar ekspress pukul 12.45 tengah hari ke Kapit pula. Kali ni jaket keselamatan dapat dilihat. Dekat atas tempat duduk je. Harga tiket RM 15.00. Dah naik ekspress baru bayar. Perjalanan selama 1 jam.
   
 

Welcome to Kapit!


Kami stay di Kapit selama 2 malam. Hari ketiga, kami meneruskan perjalanan ke Belaga. Ekspress ke Belaga cuma sekali sehari. Pukul 9 pagi. Kawan pesan awal-awal, ekspress ni tak berapa sangat lah kalau nak compare dengan ekspress Sibu-Kapit, hygiene pun ada kurang, bawaklah tisu and stok bekalan banyak-banyak katanya. Actually bila dah masuk ok je. Sama juga macam tadi. Naik dulu, bayar kemudian.




Perjalanan ke Belaga menyeronokkan. Sebabnya macam-macam boleh tengok.

"Pergi Belaga nanti, jangan lupa tengok kaki wong, dekat dengan Telagus. Tengok nanti ekspress tuh gerak ikut arah air" ujar AAJ lebih kurang macam tu lah.

Apa itu Wong? Wong ni kira kawasan berjeram. Banyak kali terkejut sebenarnya time naik ekspress ni. hahaha

Pertama : Ada sekali ekspress ni berhenti tengah jalan, tengah sungai lah kira, pastu ada perahu datang, orang lompat naik ekspress. Eh? Boleh pulak macam tuh. Ekspress ni macam bas, orang boleh turun kat mana-mana asalkan ada jeti.
Ni gambor ekspress menghampiri tebing amik orang dan enjit bot!

Kedua : Tidaklah saya sangka Batang Rajang ini ada batu-batu besar di tengah nya. Itulah Wong atau kawasan berjeram. Air deras. Jadinya ekspress kena ikut arah air untuk mengelakkan terlanggar batu.





Resort Telagus. Tak pakai dah



Sambil melepak, sambil berborak. Banyak jugaklah diketahui. Antaranya,




  1. Perjalanan ke Belaga melawan arus air.
  2. Dulu-dulu kalau ekspress nak gerak kena ikut air. Kalau air kering, xberjalan lah ekspress. Sekarang dah ada empangan Bakun, diorang boleh kawal air. Maksudnya, jika kemarau ke, diorang lepas kan lah air dari Bakun.
  3. Sebelum ni  banyak lagi batu besar dekat Wong, kalo terlanggar boleh karam. Sekarang ni dah kurang sebab banyak batu dah diletupkan. 
5 jam perjalanan, mati kutu tak tau nak buat apa, subtitle movie pun xdapat nak paham, kitorang g panjat bumbung ekspress. Seronok kemain masa ya, bila baca berita tadi terus insap.

1Malaysia giteww
Berpanas atas bumbung seketika, sebab nak turun, tak berani ekspress tengah jalan. Terpaksa tunggu express berhenti next station. Adalah setengah jam rasa. Dalam pukul 3, selamat kami tiba di Belaga. Selepas itu semua pakai jalan darat sahaja.


Dah sampai Belaga. Perahu berbumbung tuh dari Bakun. baru balik dari event di sana.

Jalan darat juga mencabar lagi menginsapkan. Lagi rela dilambung jalan balak 5 jam ke Ba'kelalan berbanding jalan kelapa sawit ini sebab jalan dia elok sikit kalau nak compare perjalanan sejam setengah ini. Batu besar, berkerikil, jalan not fully bertar. Bayangkan kalau orang sakit nak ke hospital di Bintulu bagaimana? Sejam setengah dari Belaga baru sampai simpang nak ke Sg Assap dan Bakun, ada lagi 3 jam untuk perjalanan ke Bintulu pula. (emo lagi)
The road. ada teruk lagi tapi tak tergambar (terambil gambar). Pening masing-masing

Pekan Belaga
Tengok FB tadi, luahan hati kawan2 sarawakian
  • Pengangkutan termurah melalui sungai??? Yang melaporkan kat TV tu boleh lah cuba sendiri. Pengangkutan sungai bukanlah pilihan, tapi jalannya mane???
  • TV*-->Ramai yang memiliih memakai jalan sungai ke Kapit kerana tambang lebih murah...("Are you guys stupid or what? Ada jalan lain ka pergi ke Kapit)..Wartawan-wartawan yang buat laporan, please resign..huhhhhh)
Banyak lagi kalo scroll down. Indeed, sungai is the only way ke Kapit. Luahan hati orang local yang kami jumpa hari tuh, " It takes 80 km from Kapit to Sibu, tapi jalan 10 km pun ambil masa sampai 10 tahun". 

Geografi Sarawak adalah unik. Berbukit-bukit, bergunung-ganang. Sungai adalah pasti. Memang ambil masa. Tapi dah jadi macam ini, satu keperluan lah kan. Inilah masanya menunaikan manifesto? Eh. Lagi-lagi eh.

Takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam nahas ekspress karam semalam. Gawai menjelang tiba, moga waris ahli keluarga tabah dan redha. Al-Fatihah

Credit gambar to Thiru n fb Zali :)

Next : Kapit : The Wedding pula

13 comments:

  1. Replies
    1. kan. berisiko. tapi tiada pilihan

      Delete
    2. Ala'...gud to see u in blogging world..xtau pulak ko berblog juga!!blogwalking sekali ternampak komen..kebetulan..=)

      Delete
    3. Husna, sy budak br belajar. Hehe. Blogging buat account sbb sng nk follow org kononnya. Kekerapan menghapdet jauh skali. Keke

      Delete
    4. Hahaha..klu ikut..aku lg mls..2013 nih langsung x hapdet..wahahaha..btw keep in touch k..=) aku mmg dh tade fb..so klu nk contact msg je amnah kat fb k..=)

      Delete
    5. hahaha. samelah. wokes. insyaALLAH keep in touch kelak. :)

      Delete
  2. Mohon share. Thanx!

    Btw, good article. Keep it up!

    ReplyDelete
  3. lebih baik naik business class.. kang tak pasal2 mati lemas bila terbalik macam tu..
    dah la ada bujang senang kan? boleh tahan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde makne jugak naik bisnes class. sebab pintu die mmg kecik camtu je untuk semua kabin. kalo ade tingkap kecemasan mcm ok. tp rs mcm xnmpk.
      orang kata bujang senang mayb ada mayb takde sbb situ kwsn air deras. wallahua'lam :)

      Delete
    2. menjadi kan ia lebih menarik untuk di terokai hehehe..
      airasia tgh buat promo ni ke sarawak hehehee.. :P

      Delete
    3. ade tangkapan tiket ke sarawak? hehehehe
      jemputlah datang. nak merasa ekspress kene datang kapit lah
      kalo feri n speed boat, tmpt lain kat swak ada juga

      Delete
    4. Insyallah dalam proses ke sarawak ni.. :D
      nak try boat kat sungai sarawak hahaha..

      Delete