Thursday, 2 May 2013

Next trip : Itinerary

Assalamualaikum

Bertemu kembali setelah lama menyepi. Update sebab free, cuti balik mengundi katanya.

Orang lain dok sibuk rangka itinerary. Nak rangka jugak lah. Ahahaha.

Ke mana kita kali ini? Bermula dengan huruf K.

Keukenhof? Kota Kinabalu? Korea?
Naah... Kapit je.

Je? Excited nih sebab pertama kali nak g sana. InsyaALLAH akan pergi melalui Sibu dan balik ikut Bintulu.

Mujur ada pemantauan. Macam g Ba'kelalan dulu. Kalo tidak, memang tak kan lah sebab kawasan pedalaman, xpasti juga apa yang boleh diterokai di sana. Tapi, kalo x kerana lawatan kerja pun, memang ada plan nk ke sana time Wesak sebab kawan kawen. yeay~

Jadinya dengan pemergian ini akan melengkapkan lawatan kesemua 11 bahagian di Sarawak. Tinggal Kapit dan Bintulu sahaja yang belum sampai lagi.

The route sebagaimana disarankan kawan di Kapit
Kuching - Sibu - Song - Kapit - Belaga - Sg Asap - Bintulu

I'm looking forward to these two things sebenarnya~

1) Roti Canai Goreng

Walaupun boleh jumpa kat Semenanjung. Tapi nak makan kat sana jugak. Sebab orang sini dok sebut2, haruslah cuba kan.

2) Ekspress

Macam bas bezanya bergerak atas air. Nak ke Kapit, nak tak nak memang kena ikut jalan air. Jalan darat ada tapi kena ikut jalan lain. Kawan lain yang memang asal dari Song cakap kalo diorg bawa mayat ikut jalan darat, pastu naik perahu hantar kampung. Sebab tak sesuai lah kan nak bawa naik ekspress

Ini gambar ekspress.


Gambar ni diambil di Terminal Penumpang Sibu 2 tahun lepas masa nak g Mukah Kaul Festival. Gambar luar je ada sebab time tuh g terminal sebab nak naik speedboat je ke Mukah selama 2 jam. Ada jalan darat tapi gatal nak pakai jalan air. Miahahaha

Ni rupa speedboat


Roughly, Sibu ke Song lebih kurang 2 jam perjalanan. Song ke Kapit pun lebih kurang. Paling dinantikan adalah perjalanan Kapit ke Belaga. 7-8 jam perjalanan pakai ekspress! Melawan arus batang Rajang. Gulp~

Belaga - Sg Asap - Bintulu boleh pakai jalan darat dah.

Jadinya, tunggu dah selamat pergi dan selamat balik baru boleh cite pengalaman dan letak gambar ye dop.

Jadinya juga, selamat mengundi kepada semua.

Wassalam.

4 comments:

  1. 7 - 8 jam.. lama tu.. hahaha... :P

    Kalau mabuk laut abis la... tapi menarik untuk try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira2 balik sebenarnya 4-5 jam je. mungkin sebab sungai dah besar, arus pun dah kurang deras, itu ada cepat sikit.

      ktorg mabuk darat. g ba'kelalan dulu pun tak camni

      Delete
  2. tension gak kalau kita tak mabuk atas bot.. tapi orng lain yg muntah sebab mabuk.. kene gak yg akan mabuk hahaa..
    hurmm .. sesuatu yg patut di cuba :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah. sorg mabuk. yg x mabuk pun kene tempias juga. cuba jangan x cuba

      Delete