Wednesday, 11 July 2018

Taiwan : Tips and Itinerary

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Selamat sudah trip Taiwan kami pada 2 hingga 7 Julai yang lalu. Ad hoc sangat. Plan lebih kurang 3 Syawal, 6 Syawal beli tiket, 18 Syawal dah terbang. Kurang dari 2 minggu preparation. Ni semua sebab adik nak habiskan cuti katanya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!

When to go?

Biasanya recommended masa hujung tahun. November begitu. Ataupun masa musim bunga. Time ktorang pergi ni mmg tak sempat lah nak survey cuaca ke apa, dah beli baru fikir. Bulan 7 adalah summer tapi hujan pun adalah banyak juga. Alhamdulillah cuaca baik cuma gerimis juga kadang-kadang. Ahamdulillah juga bila dah balik ni, tengok2 berita katanya taufan Maria tengah melanda.

Pre - departure

Kitorang terjumpa blog http://travelwithtales.blogspot.com/ yang bagitahu tentang free gift yang dia dapat masa pergi Tourism. Jadi kitorang pun cuba juga lah untuk ke sana. Jadi promo masa kitorang pergi boleh pilih samada nak MRT voucher atau fruit picking voucher. So kitorang pilih MRT. Jadi untuk mendapatkan free gift, korang kena bawa flight itinerary dan juga 2 malam accommodation punya booking. Airbnb tak diterima katanya. Kat Tourism pun boleh minta pamphlet yang mungkin berkaitan dengan tempat yang korang nak pergi, makanan halal dll.

Pamphlet. Online version pun available.
One way ticket bernilai NT160 hihi. Ktorang redeem dari airport ke Taipei Main Station

Visa


Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk ke Taiwan.

Masa

Tak perlu ubah jam, waktu adalah sama. Tapi Subuh memang awal. 3.30 pagi. 6.30 pagi dah terang macam pukul 8.

Itinerari

Kitorang sangat tamak. Semua tempat nak pergi tapi of course tak sempat. Jadi roughly begini itinerari yang dah jadi :

Day 1 : Arrival - Taipei Main Station - Depart to Hualien
Day 2 : Taroko National Park - back to Taipei
Day 3 : Yehliu - Shifen - Jinghuazi - Jiufen
Day 4 : Leofoo Theme Park - Taipei City Mall (underground mall - betul2 bawah Taipei Main Station) - Shilin Night Market
Day 5 : Elephant Mountain - Taipei Grand Mosque - Chiang Kak Shek Memorial - Changs Beef Noodle - Leaving Taipei for Kaohsiung (Zuoying) - Chijin Islands - Liohu Night Market
Day 6 : Pier 2 Art Center - Dragon and Tiger Pagoda - Flying back to KL

*Chijin Islands boleh combine dengan Pier 2 Art Center sebab dekat-dekat. Kitorang tak study sangat tu yang caca marba sikit itinerary di Kaohsiung.

Decide balik ikut Kaohsiung sebab dari Kaohsiung murah lagi. Taipei murah juga tapi hanya ada hari Ahad. Ahad kitorang nak pergi open house. Hahah. Lagipun Isnin dah kerja jadi kalau balik Ahad adalah rushing.

Plan awal nak hiking juga di Taroko, tapi kuota permit dah penuh jadi pergi trail yang free and easy sahaja.

Plan nak pergi juga Huolong tengok kincir angin sebab terpengaruh tengok ig Hangdhamin tapi kebanyakan tempat menarik banyak di luar Taipei. Tak dan juga untuk kami selit di mana-mana.

Bitou Cape pun tak sempat sebab terlepas bas.

Alishan and Sun Moon Lake pun kitorang rasa nak pergi juga tapi dah jauh ke bawah. Hahaha.

Qingjing Farm kalau nak tengok biri-biri. Rainbow Village dekat Taichung pun nice juga.

Kalau nak pergi Taman Negara tapi tak nak keluar dari Taipei boleh ke Yangmingshan National Park ok.

Banyak juga stesen keretapi tepi laut seperti Badouzi kalau kalian nak cuba. Belah selatan dekat Kenting pun ada.

Boleh juga singgah the highest Starbucks in the world dekat Taipei 101. Tapi perlu buat reservation in advance serta ada minimum spend juga tak silap.

Sumber merangka itinerari dari sini. Terima kasih kalian!
https://eng.taiwan.net.tw/
https://www.havehalalwilltravel.com/
https://funntaste.com/
taiwan-5h4m-dengan-budget-rm1500.html?m=1
http://projeknash.blogspot.com/
tips-dan-bajet-ke-taipei-taiwan-part-2.html
jalan-jalan-taiwan-2016-hari-pertama.html
itinerari-06-hingga-11-mei-2016-taipei.html?m=1
http://supermengmalaya.blogspot.com/ (Part1)
http://supermengmalaya.blogspot.com/ (Part 2)
https://www.thevocket.com/
https://www.nickkembel.com/
http://www.eatophilia.com/
https://theculturetrip.com/
http://thesmartlocal.com/read/scoot-to-kaohsiung
https://www.thepinaysolobackpacker.com/taipei-travel-guide/amp/
http://taiwan-itinerary.blogspot.com/
https://thetravelintern.com/thsr-taiwan-itinerary/
http://taiwanhalal.com/
www.littlenomadid.com
www.blueewoke09.blogspot.com

Boleh jugak tengok ig @amazingtaiwan dan @mfmirafilzah @timefortaiwan_my. Masa kitorang pergi diorg pun tengah shooting kat sana. Boleh tengok hashtag #jomsalamtaiwan untuk tengok mana tempat yang diorang pergi. Kami pun banyak juga rujuk ig kawan2 dan blogger2 seperti @adlybilly @faizalzainudin @hangdhamin @nart.jpeg @zara_ab @hello_yat @nadhanim. Kalau ig diorg private saya mohon maaf siap2 ya.

updated : boleh check ig @plan_pack_and_go dan @assitusanasini. Quite baru juga depa pergi.
Maaf saya tak letak how to go bagi setiap tempat di atas, sebab kitorang ada unlimited data, jadi bila nak pergi baru survei cara dan kaedah ke sana. Dan kebanyakan masa juga kami banyak tanya di Visitor Center dan orang-orang yang ada kat situ je.

Simcard

Touchdown airport Taoyuan, belah kanan akan ada booth/kedai jual sim card. Ada banyak pilihan. Kitorang ambil Chunghwa punya pass untuk 6 hari bersamaan NT400 sebab kitorang pergi Isnin balik Sabtu kan. Sekali bila activate, expired nya hari Ahad. Rupanya dia kira 6 hari dari waktu kita activate itu. Jadi tgh hari Isnin sampai tgh hari Ahad lah kiranya.

Jadi boleh check dengan service provider yang lain. Kalau kitorang tahu lebih awal kitorang ambil 5 day pass NT300 je. Haha. Tapi on the way ke MRT ada juga kami perasan promo yang lain, first one day free katanya. Cubalah survey ya.

Accomodation

Rata-rata penginapan agak mahal. Even dorm setakat yang kami survey paling murah dijumpai dalam RM70 lah jugak. Tapi alang-alang dah bertiga perempuan kami opt untuk bilik private sekali bilik air gitu, senang bilik air sendiri2 je tak kongsi orang lain. 3 tempat je kami stay.

(1) Travel Mind Apartment, Hualien.
Harga NT 1500. Wifi available. No breakfast. Disposable towel, kettle TV semua provided. Paling best less than 10 minutes je dari stesen keretapi. Aunty pun baik.

(2) Sleep Hotel Taipei - Nanya, Taipei.
Harga NT 5412 untuk 3 malam. Dekat Nanya Night Market. MRT terdekat adalah Fuzhong. Jauh banyak dari Taipei Main Station. Tapi sebab keluar pagi balik malam tak terasa sangat lah jauh. Biasa orang stay area Ximenting. Happening.

Hotel ni provide breakfast tapi roti dan jus sahaja. Iron pun takde. Pastu bilik tak berapa bersih sangat, mujur boleh tukar bilik lain. Staff pun ada sorang tuh macam tak pandai English sangat. Tapi kalau dari segi keluasan bilik dan bilik air, puas hati lah juga.

(3) Jia's Inn Lodge, Kaohsiung
Harga promo masa ni. RM221.43 untuk satu malam. Non refundable. Puas hati sangat. Bilik bersih cantik selesa wifi laju, free bicycle rental and mini bar. Ada iron ok. Paling puas hati dengan Powerful Breakfast dia. Serius menyesal bangun lambat. Hahaha. Appreciate sangat masa nak breakfast kitchen staff dia bagitau apa yang kitorang boleh makan dan apa yang tak boleh. Tempting kot nasi goreng dia, sekali tak boleh makan rupanya.

(1) dan (2) book through booking.com
(3) book through agoda.
Bajet kami RM100 paling max untuk seorang untuk semalam.

Suggestion lain untuk accommodation boleh tengok link berikut

http://lilyrianitravelholic.blogspot.com
http://dianateo-dt.blogspot.com/
http://kampungboycitygal.com/2010/01/

Makanan

Alhamdulillah so far part makan semua kena dengan tekak. Selain bawa makanan berupa maggi dan bubur segera, kami cuba juga makanan lain yang ada.

1) Family Mart dan 7-eleven
Hari-hari kitorang masuk sini. Kalau tak cari onigiri mesti cari air mineral dan kopi. Tak pun ais-krim ataupun susu serta roti putih. So far yang kitorang beli dekat 2 kedai ni, onigiri (shrimp, salmon, tuna, shittake mushroom).Tanya tukang kedai siap2 yang mana vege dan seafood. Kitorang cuba juga ready food berupa nasi dan seafood dan cheese yang dipanaskan dalam microwave, dan kami beli juga mi segera vegetarian. Ikutkan Family Mart ada juga jual nasi segera tapi kami tak jumpa.


Halalan tayyiban. Ktorg try jg cr aiskrim dr syarikat yang sama kot ada perasa dan jenis lain yg halal jg tp xjmpa
Clockwise if I'm not mistaken : Salmon, lobster, tuna, shittake mushroom



Sampai ke sudah tak jumpa. Credit pic to kak nart.jpeg

2) Taroko National Park

Kitorang makan Mango Ice Cream je kat sini. Tapi cafe dia ada provide vegetarian seat meal juga kalau kalian nak cuba.

3) Taipei City Mall (Y26)
Mall ni betul-betul dekat Taipei Main Station. Underground. Taipei City Mall namanya. Y26 ni dah dekat dengan MRT Beimen station. Kat sini ada kedai-kedai makanan Indonesia. Kitorang pergi sini masa mula-mula sampai. Harga makanan halal biasa lebih kurang NT100-200 juga untuk satu meal. Ktorang hari tuh amik nasi campur, bakso dan es teh dalam NT360 tak silap.


4) Stinky tofu
Yang ni kitorang makan dekat Shifen. NT60 untuk 5 ketul. Ada pakcik baik dan gadis baik yang tolong translate kan untuk kitorang. So far bahan-bahan dia pakai tidak diragui, memang sesuai untuk vegetarian. Goreng pun guna palm oil. Stinky tu datangnya dari pelbagai sos yang dia guna dan dihidang bersama sayur jeruk. Tapi dah makan sedap je. Jangan lupa cuba k.


5) Aladdin Restaurant dalam Leofoo Theme Park
Satu-satunya restoran makanan halal yang ada tapi masa kitorang sampai kedai ni tutup. So kitorang end up makan vegetarian set meal je dekat restoran lain yang ada dalam taman tema itu.


6) Sakura Daan
Dekat Taipei Grand Mosque. Actually area masjid ni memang banyak kedai. Cuma time kitorang lalu kedai ni je buka. Menghidangkan masakan Indonesia, harga stended NT80-150/meal. teh botol NT30 rasanya. Portion besar juga. Nasi banyak.



7) Chang's Beef Noodle
Tak jauh dari Taipei Main Station. Ada beef noodle basah. Ada juga yang kering. Kitorang amik set yang ada mee dan juga dumpling sebab kitorang dah kenyang makan kat Sakura Daan sebelum itu. Set dalam NT269 rasa nya. Portion mee dia besar.



8) Kudapan
Yang ni kategori yang kitorang beli dekat night market. So far bila pergi night market atau stall tepi jalan kitorang beli milk tea, buah-buahan, shaved ice, dan juga cucur seafood (read:takoyaki).

Ni makan dekat Chijin Islands. NT140 untuk keduanya

Banyak lagi kedai makanan halal yang boleh dijumpai dekat blog semua. Jazakallah kepada semua blogger.

https://www.klook.com/blog/muslim-food-taiwan-global/
https://www.havehalalwilltravel.com/blog/muslim-friendly-bubble-tea-guide-in-taiwan/
http://blog.halal.tw
https://www.travel.taipei/muslim/eat
https://travelblog.expedia.com.sg/activities/taiwan-halal-food/
http://www.thinzaroo.me/
http://tainanhalal.blogspot.com/
http://www.azuanzahdi.com/

Tambahan info : Ada instagrammer share pasal pengalaman dia di Taiwan. Sis tau lepas dah balik dari Taiwan. Wallahua'lam. Eat at your own discretion ya.


Muslim Prayer Room

Yang ni saya share mana yang kami pergi lah ya.

1) Airport
Kedua-dua airport Taoyuan dan Kaohsiung ada menyediakan prayer room dekat Departure. Di airport Taoyuan tak sempat singgah cuma tanya visitor center bila dah keluar. Yang Kaohsiung punya pun selesa, ada tempat wudhu' kat dalam. Dari segi makanan halal dekat airport Taoyuan banyak lagi dekat Kaohsiung macam tak ada.

Info Taoyuan Airport

Info Kaohsiung Airport

2) Taipei Main Station

Sebab Taipei Main Station adalah besar dan kami selalu sangat sesat barat, biasanya kami ke station hall dulu. Dari situ akan nampak McD, tangga nak ke Muslim Prayer Room betul2 dekat McD, turun ke bawah, nanti korang akan nampak signage ke bilik tersebut. Dekat tepi pintu bilik sembahyang tu ada telefon kan, jika berkunci just tekan je ext no nnt petugas stesen akan buka kan pintu. Cleaner pun akan tlg bukakan washlet seperti dalam gambar.


3) Taroko National Park
Prayer Room ada dekat Visitor Center. Tempat wudhu' pun ada sebelahnya. Biasanya dia modify bilik air OKU.



4) Ruifang Station
Kalau tengok dekat visitor center dia ada tunjuk anak panah kiblat. Bila tanya staf, dia tunjukkan ruang tersembunyi sikit untuk solat. Tapi adik bertindak lebih advance dan tanya jika kitorang boleh guna breastfeeding room sebab semua perempuan senang sikit nak berwudhuk. Alhamdulillah dia bagi dan tolong buka kan kunci.



5) Leofoo Theme Park
Ada Muslim Prayer Room dalam Restoran Aladdin. Masuk pintu memang terus nampak. Selesa dan luas.


5) Grand Taipei Mosque
Kitorang singgah tapi bukan waktu solat. Time tuh diorang nak prepare untuk solat Jumaat.
How to go : MRT Daan Park, exit 2. Kemudian jalan kaki dalam 600m.



Kaohsiung Mosque kitorang tak sempat nak singgah.

Difahamkan dekat Taipei City Hall pun ada prayer room juga. Nanti korang check lah kalau ada plan untuk ke sana.

Transportation

Benda utama yang wajib ada adalah EasyCard. Macam Touch n Go. Harga masa beli adalah NT500 - iaitu NT100 untuk harga card dan NT400 untuk topup. Sepanjang di Taiwan memang kami pakai ni je sampailah ke Kaohsiung. Ada 2 kali lagi kami topup (200 dan 300) lepas tuh menjadikan total topup NT900 lah juga. Kalau ada balance boleh refund dekat Family Mart atau 7e tapi lepas tuh kad tak boleh digunakan lagi.

1) MRT Airport Line
Yang ni kitorang pakai voucher yang diredeem itu. Actually airport line kalau tengok pun macam tak banyak tempat untuk dilawati.

2) MRT Taipei dan Kaohsiung
Pengangkutan utama lah kiranya. Dari hotel ke tempat2 lain. Sama je sistem dua2. Kami pakai easy card juga.

3) TRA - Taiwan Railway Administration

Kami gunapakai masa nak pergi balik ke Hualien sahaja.
Dari Ruifang ke Shifen, kami beli tiket di kaunter
Dari Shifen ke Ruifang, kami pakai easy card.

Tiket ke Hualien kami beli online dekat website http://railway.hinet.net/Foreign/US/etkind1.html
Sampai Taipei Main Station, terus redeem. Ktorang request nak tukar masa balik, mujur takde caj, siap refund lagi sebab tren yang kitorang beli mula2 harga lagi mahal (Tze Chiang), bila tukar masa, dapat Chu Kuang, harga nya murah.

Train yang mahal seperti Tze Chiang, Taroko Express dan Puyuma ikut review orang adalah bersih dan laju.
Ktorang punya tren pergi balik adalah Chu Kuang Express. Harga murah sikit tapi perjalanan dalam 3 jam gitu.

Tapi sebenarnya masa beli tiket ktorang tengok masa je, tak tengok pun jenis koc harga semua. Haha. Jadi kalau nak train selesa, tengok lah ek kt website pilihan yang ada.

Main Taipei Station adalah besar, better datang awal untuk cari platform semua. Tulisan memang kebanyakan bahasa Cina, jadi kami fokus kepada No. Train dan juga masa. Paling senang boleh tanya petugas. Volunteer pun ramai.


4) THSR

Sebab kami balik ikut Kaohsiung, jadi dari Taipei ke Kaohsiung (juga dikenali sebagai Zuoying) kami naik High Speed Rail. Boleh book online dekat website ataupun boleh guna agent seperti klook dan kkday.

Kitorang asalnya nak beli online juga tapi sebab macam tak decide lagi nak beli pukul berapa, skali tak dapat dah nak beli secara online. End up beli di kaunter.


Harga kaunter : NT1490
Harga online Klook and KKDay : NT1192
Beza banyak kan.

Kalau website THSR pun ada potongan juga kalau beli lebih awal.

Dan website THSR pun ada offer 3 Day Pass, 5 Day Pass dll. Ada yang cover TRA sekali. Ada yang cover MRT juga. Korang survey2 lah ya mana yang menguntungkan. Kitorang tak survey sangat part tuh sebab tak pakai. hehe.

5) Bus

Dekat Hualien, kitorang ambil Taroko Route 1133A One Day Pass harga NT250. Ada two day pass juga NT400. Kalau korang dari Xincheng, ada shuttle bus lain no 302 harga NT150. Dua2 ni pit stop dia berbeza tapi tempat utama dia cover. So kat Taroko kitorang pakai yang 1133A. Tapi kadang sebab kitorang malas menunggu sebab jadual pun tak tentu kitorang naik bus 302 juga tapi bayar pakai easy card lah. Sebab pass tadi hanya valid untuk bus no 1133A sahaja.

Kalau tak nak naik bus ke Taroko boleh sewa scooter juga.


Route 302 dari Xincheng Taroko Station
Route 1133A dari Hualien. Papan tanda kata boleh juga naik bus no 1126 dan 1141 guna pas yang sama
Dekat Taipei dan Kaohsiung mostly pun pakai easycard.

Cuma satu bas je yang ktorang kena beli tiket iaitu masa balik dari Leofoo. Bas E-go. Sebab kitorang turun Zhongxiao Dunhua MRT (blue line), harga tiket NT123. Kalau turn Jingan MRT (orange line), harga NT96.

Maaf juga tak dapat beri anggaran harga bagi setiap perjalanan basa kitorang, sebab kitorang tau touch je. Agak2 baki dah macam surut, kitorang topup.

6) Basikal

Basikal pun ada? One of the best way nak explore Kaohsiung adalah menggunakan basikal. Alhamdulillah hotel kitorang provide free bicycle. Jadi kitorang pakai masa nak ke Chijin Islands dan esok paginya masa ke Pier 2 Art Center. In case hotel tak provide korang boleh sewa macam blog ni buat.

Apa lagi ek.

What to buy?

Sovenir

Rata-rata sovenir kalau dekat underground mahal juga NT100 satu. Jadi bila jumpa NT50 kat Jiufen terus lah kami grab. Pasar malam pun banyak dan pelbagai juga jenis. Dari magnet seketul hingga magnet penuh, harga pun around NT50-60. Beli 10 percuma satu.




Kalau tak nak beli fridge magnet boleh beli pen totoro atau No Face, watak dalam animasi Spirited Away. Boleh dapat 4 batang NT100. Memang pergi mana-mana akan jumpa Totoro dan No Face sebab Jiufen ada Teahouse seakan-akan bath house dalam cerita animasi tersebut.


Harga poskad dalam NT20-30 sekeping. Ada juga yang jual NT100 untuk 6-7 keping. Cantik juga design. Setem untuk ke Malaysia dalam NT10 sekeping.

Updated : Sovenir berupa makanan pun ada ja jual dekat night market. Junior kami baru balik beli pineapple snacks gitu. Ada tanda halal. Boleh rujuk sini. Rasa depa beli kat Vigor Kobo. https://halalcenter.taiwantrade.com/halal_products

Expenses

Ni yang korang tunggu kan. Hahah.

Overall kami collect setiap seorang dalam RM2000. Takde collect lebih.

Masa tukar rate dekat Max Money Sg Wang 13.34, dekat Antara Duit UTM Space 13.33

NT 100 = RM 13.34 lebih kurang

Kitorang tukar NT 25,000 tak silap. Ada lebihan duit juga sebab ada setengah online booking memerlukan penggunaan credit card.

1) Return Flight Ticket AirAsia

KUL - TPE RM 700 untuk 3 orang + meal RM45
KHH - KUL RM 714.75 untuk 3 orang + meal RM60.48
= ~ RM507 / pax

Kitorang tak ambil baggage.

Kira kalau tolak duit flight ktorang, anggaran untuk ground RM1500 in shaa Allah memadai.

2) Insurans MSIG RM 58/pax

Ambil juga sebab risau flight delay sebab monsun taufan atau gempa dan lain-lain moga dijauhkan yang tidak baik.

3) Penginapan

Hualien NT 1500
Taipei NT 5412
Kaohsiung RM 221.43
= NT 2304 + RM73.81 / pax

4) Pengangkutan

Per pax
TRA return Taipei - Hualien = NT 680
TRA Ruifang - Shifen NT 19
THSR Taipei - Kaohsiung = NT 1490
Easy card and topup = NT 1000
Taroko day Pas = NT 250
Ego bus dari Leofoo = NT 123
 = NT 3562

5) Entrance Fee

Yehliu Geopark NT 80
Leofoo Theme Park NT600
= NT 680

Total (1) - (5)
= RM 638.81 + NT 6546
= ~ RM1500

Simcard locker bag, makan, sovenir kunyah2 kudap2an air mineral coffee susu ais krim lain2 untuk kegunaan 3 orang = estimate dalam NT 2500 - 3000 seorang lebih kurang. Sebab masing-masing sejenis cepat lapar, cepat masuk angin, kalau tak makan boleh mengundang kemarahan memang kitorang lebih kan kos dekat sini.

Yang kami share adalah anggaran sebab ada setengah perbelanjaan terlupa juga untuk direkod.

Kalau put aside kos flight, insurans, penginapan, pengangkutan dan entrance fee yang dah boleh settle dari sini siap2, sebenarnya kalian hanya perlu allocate duit makan dan sovenir, dan rencam (simcard, locker simpan beg dll) sahaja. Gitu.

Tapi afterall kos adalah subjektif. Tiket flight pun tak tentu juga harga. Rezeki kami last minit dapat less than RM500. Ktorang banyak pakai public transport dan kebanyakan tempat free entrance. Jadi kos nya bergantung dengan tempat yang kita pilih, jenis pengangkutan, jenis makanan yang kita makan dll. Kalau tak nak pakai public transport, both klook and kkday ada provide pakej shuttle juga ke places of attraction.

Oh, kebanyakannya tak pandai English sangat, jadi boleh download google translate untuk kemudahan di masa akan datang. Ada juga apps untuk tengok live update bus semua kat mana kalau tak silap kami.

Kalau ada soalan boleh tanya ek sebab tak tau lagi akan update bila. Moga entri ini bermanfaat.

Sekian terima kasih.

18 comments:

  1. terbaik laa Ajlaa. nice entry! insyaAllah sangat bermanfaat pada yg nak pi Taiwan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sekali harung ni tim. Nk update by hari kt instagram je hehehe. Lama sgt blog bersawang hahaha

      Delete
  2. tak sampai seru lagi nak ke Taiwan. one day insyallah =)

    ReplyDelete
  3. hi sis,,tibe2 terjumpe lak mse sedang mencari2 info,,da abis bce smpai ujung bru prasan owner blog nih,,,kuikuikui,, love ur info provided,,simple and easy to understand,,wink**

    ReplyDelete
  4. salam..tq info berguna..ade cdgn ke sana bersama keluarga.sign board arah atau train ade signboard english x?org taiwan mmg rata2 tahu english atau kurang? 1 lg nk tanya, klu amik flight wihtout selected seat, ade kebergkalian kena berpisah tmpat duduk ke walaupun kita booking lbh dr seorg (family)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata fully english tak jugak. basic2 je english depa. kalau dekat information centre atau tourist spot mmg ada volunteer boleh bantu and aada juga yang tahu english. mostly signboard tunjuk arah tulis english/rumi kita still boleh baca. Boleh download google translate juga. sangat membantu untuk tanya2 atau basic conversation dengan orang local.

      Kalau beli tiket without selected seat biasa depa akan penuhkan ruang2 kosong mana yang ada ms kite check in tuh. early cheack in biasa dh dapat no seat siap2 kan, kalau rasa nk tukar seat masih boleh lg cuma ada caj lah. international flight memang mahal sikit kalau nk beli seat dia T_T

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. thanks for the info. memang ada plan nak datang sini. boleh share ig miss?

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah terimakasih bagi info yg sgt berguna . Pada 17-22/9 insyallah akan kesana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dipermudahkan perjalanan dan percutian. Have fun in Taiwan

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. really like this article, if there is a chance willingness to see you to our place here Syair Togel

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete