Sunday 16 February 2014

Namaste Nepal : Day 2 (Nagarkot - Pokhara - Nayapul)

Assalamualaikum

Bertemu kembali di hari Ahad. Hari kedua perjalanan. Tidur dalam kesejukan. Sejuk macam Laban Rata. Grr...

Sambungan dari Day 1

Pukul 5 pagi dah bangun. 5.30 pagi orang dah ketuk bilik kejut subuh. Kejut tengok sunrise sebenarnya. hehe. Misi kami adalah untuk melihat sunrise. Specifically sea cloud. Ni semua salah gambar kat bawah.

credit to google
Jika anda hanya aim nak g Kathmandu sahaja, boleh try tengok sunrise di sini. Barang ktorang dah pack siap2 sebab nak terus ke airport untuk catch flight ke Pokhara 8.15 pagi. Pukul 7 dah kena bertolak.

Jadinya, siap2 tengok sunrise. Naik atas sikit depan cafe. Mintak pekerja tolong packingkan breakfast sebab confirm xsempat.

Sebab rasa macam xpuas kitorang panjat sikit lah tangga hotel yang berkenaan untuk tengok view yang lebih jelas harapnya.

Gambar boleh tahan kot? walaupun ada berkabus2 sikit. Hampa sekali sea cloud xdpt dijumpai.




dari dalam bilik gak jelas. heee
 


Sayup2 je kan gambarnya. Sebab rushin kot. Trekking nanti nk tgk sunrise sampai puas. Mihmihmih

Dah tengok sunrise, kami bertolak ke airport. Target sampai airport dalam pukul 8 pagi. So sempat lagi lah kan. Sebabnya Puru pun cakap semalam biasanya flight delay dalam 1-2 jam. Sekali sampai 5 minit sebelum departure and flight tak delay ok! Memang tak sempat nak check in barang apa terus g kaunter and depa suruh follow secepat mungkin. Naik bas kecik yang akan bawa terus ke flight. Backpack angkut semua masuk dalam kabin. Alhamdulillah. Dapat juga naik flight berkenaan. Kalo kt lcct ni memang confirm kena tinggal.


Susunan seat adalah 1-2. Sempit sikit tapi still boleh letak barang.

Beruntung saya dapat duduk di sebelah kanan flight sebabnya.....



Yeah. snowy mountain. Macam perasan ada orang tanya mana satu Everest kat pramugari tapi nampak dia geleng. Everest memang tak nampak dari situ. Ada point lain kalau xsilap kami. Flight less than one hour. Dapat air panas untuk minum kopi dan gula2 dari Yeti Airlines.

Selamat tiba di Pokhara and terpaku. Turun2 terus nampak snowy mountain lagi. Terang, jelas dan nyata. Ada cloudy sikit tapi weather still nice. Check in baggage memang angkat manually je.

Fish tail!




Ketibaan kami disambut oleh Prakash. Jumpa2 terus dia cakap "You are lucky because you know these 2-3 days there's always delay" Gelak je mampu. hahaha. Since today akan mula trekking, jadinya Prakash drop dulu kitorang kat hotel untuk tinggalkan barang-barang yang tak perlu. On the way, singgah jap kat kedai untuk ambil down jacket and sleeping bag.
amik sleeping bag and down jacket~

i is jelly. belakang kedai snowy mountain lagi.
otw to Nayapul. Jeles tgk sungai dia
Fish tail lagi! bentuk segi tiga itu
Trekking point kami bermula di Nayapul. Lebih kurang sejam setengah perjalanan juga. Mengambil kira jalan yang tak berapa elok dan menyinggah ambil gambo lagi. Hahaha. Jalan bumpy2, memang melambung2, tapi I dan Gee sepakat "Ni kira ok, kat Sarawak mencabar lagi." Debu toksah cerita. Confirm ada.

To be continued...

6 comments:

  1. Wowwww spechlesss view yg sgt ohsem. Yeti flight tu cam naik bas je kan. Oh nepal nk pegi sana jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. g kak jgn xg. hehe. ktorg pun awal2 knp Nepal? gambr Meng lawa lagi. sy pny biasa2 je. campur macam2 kamera. ahaha

      Delete
  2. syoknya..suka tengok pemandangan yang cantik..Subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah. dpt tgk pemandangan clear mcm ni pon rezeki. sebab kadang cuaca x menentu kan. alhamdulillah

      Delete
  3. Yeti Airlines? Ada jumpa yeti tak? hehe

    #modejeles

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeti xde. keldai n kobau je. gigih juga nk mengelak time trekking. keke

      airasia rajin promo kan skrg. iboh jeles :)

      Delete