Lama tidak berjumpa bukan. Namaste bagai pulak. Orang menulis sempena tahun baru. Ni menulis sempena Tahun Baru Cina agaknya. hahahaha
Alhamdulillah. Tahun baru. Tempat baru. Baru sebabnya I'm back to Semenanjung for good after 3 years and 5 months in Sarawak. Posting dekat dengan rumah. Setengah jam je. Luckily melawan arus MRR2. Jadinya x berapa jammed sangat. Alhamdulillah. Kalo xdpt negeri sendiri, mahu jugak stay lama lagik di sinun. hehe
Takde nak recap recall bagai apa yang berlaku pada tahun lepas. Tak berapa ingat sebenarnya. Blogging pun sedu sedan je. Bersyukur atas banyak perkara:
- Bersyukur first posting ditempatkan di Sarawak. Menolak jugak awal2 tapi tengok, last2 time dah nak pindah rasa tak nak balik lagi. (Padahal balik tiap2 bulan jugak kalo ada promo AirAsia. kiki)
- Bersyukur diberi kesempatan untuk melawat kesemua 11 bahagian di Sarawak. Semua tempat ada keunikan tersendiri. Already blogged about Kapit and Ba'kelalan before. Nanti saya habiskan pasal Ba'kelalan InsyaALLAH and mungkin pasal pengalaman menaiki speedboat ke Mukah sedikit susulan tragedi rombongan pengantin yang karam itu hari. Takde kena mengena sangat sebab speedboat dan perahu panjang tidak sama. But then itu pengalaman pertama saya guna jalan air di Sarawak.
- Bersyukur sebab berjaya menawan Kinabalu. Rasanya itu antara the most memorable punya pengalaman. Thirteen of us. Strangers at first. Friends at last. Siap ada trip susulan selepas trip Kinabalu itu hari. Thanks guys. Mmuaahh~
And 2013 ditutup dengan trip ke Nepal selama seminggu. We did 3 days Poon Hill-Ghorepani trek. Hihi. Berempat saja. Geng Kinabalu itu hari juga. Yang lain tak berkesempatan untuk turut serta. Disertakan gambar untuk tatapan. So syok sendiri. hahahaha
31st December 2013 - Sunrise at Poon Hill |
Bukti sampai awal pagi :) |
1 January 2014 - Snowy mountain. Sarangkot, Pokhara |
2014. Towards a better me. Luar dan dalam. Fizikal dan mental. Jasmani dan rohani. InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment