Kesinambungan dari trip kerja itu hari, saya menyambung pula kepada trip saja2 ke Kapit pada 25 Mei 2013 yang lalu.
Trip kali ini bertujuan untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan kami yang bertugas di Kapit sekaligus membawa kawan-kawan yang belum pernah menaiki ekspress berjalan-jalan ke Kapit. (kemain, baru sampai sekali dah nak bawak orang. aha)
Ahli rombongan terdiri daripada 9 orang - 2 Sarawakian (bertugas di Sibu), 7 lagi termasuk saya dari Semenanjung yang bertugas di Serian, Betong, Sarikei, Julau, Mukah dan Sungai Assap, Belaga.
Daripada 9 orang ini, 5 orang belum pernah naik ekspress (excluding me, 2 Sarawakian dan junior yang bertugas di Sg Assap).
25 Mei 2013
7.15 pagi : Berkumpul di wharf Sibu. Tiket pergi berharga RM25.00 telah diuruskan oleh wan dan nadia beberapa hari sebelum
Ada drama jap sebelum bertolak. Nak dekat 7.30 waktu berlepas 3 orang tak sampai lagi. Terpaksa wan tunggu kat luar jaga sebab beliau berpengalaman ditinggal ekspress sebelum ini. Jadi tak nak lah kejadian yang sama berulang, kena beli tiket baru lagi. Bz jugak wharf orang nak balik bercuti semua.
Kali ini, ekspress direct ke Kapit. Tidak berhenti di Song jadinya perjalanan berjalan lancar dan dalam pukul 10 lalu kami dah selamat sampai di Kapit.
Oppa gangnam style pun naik ekspress |
Apa yang special sangat kenduri ni sampai nak berblog bagai. Aha.
Saje. Sebab kat Kapit. Lagi satu, ini adalah pertama kali saya pergi kenduri di Sarawak. Sebelum-sebelum ni datang selalu terlewat. Kalo pergi pun, dekat hotel, kenduri anak staff berbangsa Bidayuh.
Istimewanya kenduri ini sebab ia melibatkan penyatuan dua hati, Semenanjung dan Borneo.
motif gambar bear? hiasan kereta pengantin :) |
Selepas pengantin masuk, majlis dimulakan dengan bacaan doa. Pas ya acara menepung tawar oleh keluarga kedua belah pihak. Kemudian ada tarian dari kumpulan tarian Kapit kalau tak silap. Lepas lagu tradisional, terus tukar lagu joget. Terkejut wan tak pernah dia tengok kat majlis kahwin sebelum ni. Kami orang beranggapan mungkin sebab pengantin perempuan berbangsa Iban jadi mungkin berbeza sedikit kenduri nya.
Kemudian, MC menceritakan tentang biodata atau latar belakang kedua mempelai. Dimulakan dengan pengantin lelaki lepas itu pengantin perempuan. MC turut menceritakan bibit-bibit pertemuan kedua mempelai, kronologi lah kira sehingga menjejak gerbang perkahwinan. Eceh. Terjawab persoalan kitorang sebab selama ni selalu musykil kat mana, bagaimana diorang ni jumpa. Sorang orang Semenanjung, kerja kat Sarawak. Sorang lagi orang Sarawak tapi kerja di Semenanjung.
Majlis disambung dengan ucapan penghargaan dari tuan rumah, dari rumah panjang kepada para hadirin di atas kesudian hadir ke majlis pada hari ini.
Sambil dihiburkan dengan karaoke dari para hadirin, pengantin makan beradat, kami orang pun makan di meja masing-masing. Selalunya karaoke dibuat sehari sebelum kenduri. Ada pertandingan lagi.
"Takde makan temuai eh?"
"Takde rasa. Sebab itu untuk Melayu Sarawak je " ujar wan.
Kenyang-kenyang cari pengantin tak jumpa, kami dihiburkan dengan request lagu Iban dari hadirin. Ada yang bangun terus buat poco-poco.
Tidak lama kemudian, pengantin pun muncul setelah bersalin baju untuk acara memotong kek pula. Sebelum itu, diadakan acara PAMU ISAN. tak sure ejaan, ni pun tanya pakcik Buah.
Acara ini adalah di mana tuan rumah dan ahli keluarga pengantin perempuan naik ke pentas, kemudian MC menjemput seorang-seorang ahli keluarga daripada pengantin lelaki untuk naik ke pentas. Tau kan kalung-kalung manik yang femes kat Sarawak tuh. Ahli keluarga pengantin perempuan akan mengalungkan ahli keluarga pengantin lelaki dengan manik tersebut. Simbolik sambut menantu lah kira. Rasanya ini adalah tradisi Iban.
Selepas pemotongan kek, pengantin akan turun dan bersalaman dengan tetamu. Time ni kitorang pun ambil peluang untuk mengambil gambar dengan pengantin. Usai bergambar, pulang lah kan. Tiket pulang kitorang dengan pengantin lelaki, mintak tolong dia belikan awal-awal.
Jam 12.30, ekspress 3.15 petang. Jadi kami orang decide untuk solat dulu dan jalan-jalan sekitar bandar Kapit. Ingat nak solat kat surau hospital sebab depan tuh je, luckily we met pakcik Buah jadi mintak tolong beliau bawa kami terus ke masjid.
Niat di hati nak jalan-jalan panjat bukit untuk ambil gambar bandar Kapit lepas solat, tapi rasa nya tak sempat, pakaian memasing pun sopan sangaat~ Tukar plan Jalan-jalan Cari Roti Canai Goreng!
Dah makan kenduri, makan lagi. Menu-wajib-cuba. Peluang yang ada tidak harus dilepaskan. Cuba nasib je ni sebab selalu orang makan roti kan waktu pagi. Kami ke Gelanggang Kenyalang. Tanya kedai, dia cakap ada lagi. Rezeki.
The famous roti canai goreng in Kapit |
Roti sesuai dimakan panas dengan kuah kari ayam dan sambal. Sambal dia manis, itu yang menjadikan roti canai goreng ini sesuai dengan tekak dan selera saya - (Ajlaa, 2013)
Drama lagi bilamana ada seorang di antara kami tertinggal cincin di masjid. Mujur pakcik Buah ada bersama, terpaksa menyusahkan beliau sekali lagi. Budak-budak ni dok briefing untuk cari kat area tempat wuduk, tempat solat mana yang kitorang duduk tadi. Sekali jumpa kat tangga depan pintu utama. Ada sejam kot kitorang g makan tadi. Mujur jugak hari itu kami sahaja yang singgah di sana. Kalau ada event ke kat masjid, susah lagi mok cari.
Selepas menjumpai apa yang dicari, kami diturunkan di depan terminal untuk menaiki ekspress pulang ke Sibu. Hi hi bye bye dengan pakcik Buah, amik gambar kumpulan, ekspress dah sampai, kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada Kapit.
Gambar kumpulan. Joe tolong amik gambar |
Kami selamat sampai di Sibu pada pukul 6 petang dan seterusnya masing-masing berangkat pulang ke tempat masing-masing. Singkat tapi bermakna.
Selamat pengantin baru kepada Awal dan isteri. Tahniah dan terima kasih di atas layanan sepanjang kami di Kapit. To Wan and Nadia juga sepanjang kami di Sibu. Terima kasih juga kepada pakcik Buah Impak kerana membawa kami berjalan2. Terima kasih juga kepada semua ahli rombongan kerana memeriahkan perjalanan. Hihi.
Entri diakhiri dengan berita bergambar. Untunglah kahwin masuk paper :)
Sumber : The Borneo Post, Monday 27 May 2013
Sehingga bertemu lagi.
Wassalam
*Motif sangat memasing balik rumah download lagu Iban - Anang Ngansak Sesemak Sesemak. Terpengaruh dengan makcik poco-poco lah ni. sigh~