Saturday 25 April 2015

#CintaRinjani : The Day Before The Hike

Assalamualaikum

Dah lama tak jumpa. Takda angin takda apa terus ke Rinjani. Hihi.

Pucuk dicita ulam mendatang. Plan asal cuma mahu ke Surabaya sahaja April ini, cun2 kawan open event untuk ke Rinjani yang mana gap selepas Surabaya cuma beberapa hari. Kawan Hana nama Syirah yang up. I folo. Jadinya, kita burn tiket Surabaya-KL dan beli baru Lombok-KL. Cover Bali sekali alang-alang katanya. Gigih sangat T_T.

Kerna Rinjani ini sangat dekat di hati, jadi kita cerita yang ini dulu gittew. Dan Rinjani memang wishlist saya dari dulu.

Oh. Kenapa #CintaRinjani? Sebab tagline belakang baju kami - Di sebalik gunung itu, lahirnya sebuah cinta.

15 April 2015

Tiba di Lombok selepas menempuh 5 jam perjalanan menaiki feri dari Bali. Contact Bro Zul kat Bali tanya macam mana nak p Padang Bai sebab kawan sampai tengah malam, confirm2 bas takde and if naik teksi memang bakal kena mark up gila2. Katanya kawan boleh tolong hantar kan and beliau pun akan ikut sekali hantar ke Padang Bai.

Padil touchdown airport Ngurah Rai dan kami terus ke Padang Bai yang mengambil masa satu jam perjalanan. Feri ada setiap jam dan bayaran yang dikenakan adalah 44,000 Rupiah per person. Usai mengucapkan terima kasih kepada Bro Zul dan rakannya Termana, kami masuk ke perut feri dan bersedia dibuai mimpi.



Bro Zul kata harga yang sama apply untuk katil juga. tapi saya tak p usha sebab katanya kena beware of bed bugs. kang garu-garu naik gunung. hee



16 April 2015

Subuh dan melihat sunrise dari atas feri. Subhanallah. cantik sekali. Berangan gak kot ada dolphin muncul di sisi tapi memang tak adalah. hahahaha. Lebih kurang pukul 7 pagi camtu, kami hampir tiba di Lembar, feri amik2 side sikit dalam pukul 8 pagi juga kami baru mendarat.





Dan kami diapproach oleh pakcik-pakcik yang menawarkan transport. 50,000 rupiah untuk ke Mataram. Bro Zul habaq awal dah private mobil memang harga cenggitu. If bemo / angkut 15,000 rupiah je. Kita jalan sikit ke simpang dan mencari bemo. Dia mintak 25,000 Rp, kita tawar 20,000 Rp. Ok lah kan.




Ke mana kita? Ke Hotel Viktor 3, jumpa Hana dan Mel yang telah tiba di Lombok sehari lebih awal. Padil join Rinjani last minit, jadinya nak murah memang kena turun di Bali. Tumpang mandi, jalan-jalan cari makan tengok barang outdoor and waiting for others untuk fetch kami sebelum bergerak ke Sembalun.

Consina dan Eiger walking distance je dari hotel
Alpukat yang memikat
Ekspedisi kali ini seramai 14 orang, diketuai oleh gogo Syirah, Raja, Amizam, Ir, Afen, Anas, Zack, Bella, Hanif, Ain, Hana, Padil, Mel dan saya.

Sekitar pukul 2 macam tuh, transport tiba, singgah lagi kedai outdoor dan Indomaret untuk mencari bekalan dan kami terus ke Sembalun yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan.

Tiba di Sembalun, hampir Maghrib. Selesai mengemas beg yang akan ditinggalkan di bawah, tinggal bawa apa yang perlu sahaja, solat mandi semua, kami menikmati makan malam dan mendengar taklimat dari guide, Mas Hari dan Mas Tri.

"Ada pantang-larang tak?"
"Jangan takutkan gunung."
"Hah?"
"Jangan sombong. Misalnya gunung ni bisa aku tawankan. Minta izin jika mahu membuang hajat. Semestinya meminta izin dan berdoa pada Allah"




Rencananya, perjalanan kami selama 3 hari 2 malam akan bermalam di Pelawangan Sembalun, menuju puncak, bermalam di Danau Segara Anak dan seterusnya pulang melalui Senaru.

Selesai taklimat dan amanat, kami berkemas dan berjanji untuk bersarapan pukul 6, berkumpul dan bergerak pada pukul 7.00 pagi keesokan harinya.

Bersambung #CintaRinjani : Day 1.

11 comments:

  1. laa ingat cite sampai habis dah. hehe. cpt2 cite part 2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Org pon xsabar nk hbs kan haha. Tp semua pon draft lg. nnt org smbg ek

      Delete
  2. tu dia, terus lompat ke rinjani hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tulah. dah balik pon masih rindu lagi. banyak betul x terexplore lagi kat lombok

      Delete
    2. Ajla, waktu korang seberang dari bali ke lombok cuaca macam mana? bagus tak? laut gelora kaw2 atau nyaman je? tengah risau ne sebab check wheather forecast, hujan malam nak berangkat ke lombok tu huhuhu

      Delete
    3. Alhamdulillah. Ok zilla ms km g. So far cuaca baik. Cuma kat Lombok tuh cuaca berubah jgk ms kt gunung kan. In sha Allah baik2 aje

      Delete
  3. baru nk start cedok info dari entri Ajlaa nih..5 jam dalam feri? gerak mlm boleh tdo...Ajlaa...perlu sediakan torchlight? 3 hari 2 mlm tu mendaki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entri JM pon sy xhbs khatam lg. kiki. mmg saje amik feri malam. jimat masa dan tempat tdo katanya. haha. torchlight atau headlamp perlu. utk kegunaan di campsite dan mendaki puncak awal pagi. 3 hari 2 malam tuh mendaki waktu siang je. malam2 duduk campsite hee

      Delete
    2. okey noted...tima kasih info nih..gambar cantik!!!!

      Delete
  4. Pergh terbaekk. Terinspirasi sungguh.

    Saya dgn beberapa kawan dah set nak ke sana tahun depan.
    Boleh kasi tips utk dapat guider dan porter dgn harga terbaek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Kalau nak murah sebenarnya kene direct deal dengan orang sana.
      Maaf tak dapat bantu sangat.
      Sebab trip kami ni kawan yang arrange. Kami follower je gitu.

      mungkin boleh try tgk link kwn kami.
      selalu adore dengan die optimum bajet. gambar pun cantik.
      http://mystoriesmories.blogspot.my/2015/07/lombok-2015-persediaan-awal.html

      Delete