Wednesday 11 February 2015

Sawadeekappp : Part 6 Let's Railay (Hiking and Kayaking)

Assalamualaikum

Mari sambung dari part 5 : off to the pool and temple too?

Hari kedua di Krabi. Ke Ao Nang pula kali ini.

Zaid demam. Jadi beliau tidak dapat turut serta beraktiviti dengan kami hari ini. He asked us to just go and dia plan jalan-jalan sekitar Krabi town je melawat kawasan.

Jadi kami berempat meneruskan perjalanan ke Ao Nang lebih kurang setengah jam perjalanan.



Ke mana kita?

Railay Beach!!!!!!


Misi hari ini adalah mendaki dan berkayak.

Terus-terang, kalo depa xmention pasal hiking at Railay, kami xg gugel pon. Sampai ke sudah ingat ke pulau je aktiviti yang ada. Sebab krabi dan phi phi island hopping, snorkelling semua ibarat isi dan kuku bukan. hahaha. Sedih betul dengan diri sendiri.

How to go to Railay?


1) Dari Ao Nang, ambil longtail boat ke Railay. 200 baht return/pax. Boleh turun kat Phranang atau West Railay.




2) Since kami turun di West Railay, boleh lalu celah-celah resort dan pokok kelapa menuju ke east Railay dan Phranang Beach. Ada jalan dan signboard.






dah sampai west



3) Nanti jumpa pondok kecil. Depannya tuh pintu masuk untuk ke Viewpoint dan Lagoon.
4) Boleh mula memanjat. Kat atas nanti ada simpang, kiri ke Viewpoint, kanan ke Lagoon.
5) Be prepared. Seeloknya proper attire sebab muddy and slippery jugak permukaannya plus kene turun naik pakai tali 90 degree sebanyak 3 kali lebih kurang untuk sampai ke Lagoon.








Mari melihat gambar. Kami p viewpoint dulu baru gerak p lagoon sebab viewpoint dekat sikit.




ke viewpoint


biru sikit kat atas tuh west railay
yang ni pula east railay
Moh p lagoon pulak.

Dari simpang kene menurun




Belum sampai lagi. Kena turun bawah. Tak percaya lak 100m je dari simpang. Macam jauh rasa. 

Thanks korang. Saling tolong-menolong bagitau nak pijak mana pegang mana.





Paling tak suka part tali. Lagi2 time nak turun. Rasa tak stable. Haha. Tapi view die subhanallah. Berbaloi kan.






Dah sampai, kami bergerak ke tengah kolam. Cetek sahaja. Paras pinggang. Tapi berselut. And batu pun tajam-tajam. Macam durian kawan kami kata.

Puas main air, makan biskut dan bekalan. Rehat seketika then sambung balik perjalanan mendaki dan menurun ke pondok permulaan.

Kami jalan kaki ke Phranang Beach pula. Banyak je jumpa orang Malaysia mandi-manda kat sini. Nak masuk cave pon boleh. Rock climbing pon ade. Budak-budak laki ni nak cari cliff tempat boleh terjun tuh. Unfortunately kini dilarang terjun, lompat mahupun tiruk. Sebab bawah tuh tempat orang snorkelling and if tersilap landing boleh kena batu. Jadinya, photoshoot jelah kami sebelum mencari kayak untuk aktiviti seterusnya.



Nak kayak pusing 'pulau' kecik tuh
kalau air surut boleh jalan kaki dari pantai ke 'pulau'
Plan asal nak kayak di West Railay tempat turun tadi, dengan harapan boleh kayak lama-lama keliling Railay gitu. Tapi habis. If ada pun, kayak tak cukup untuk 4 orang. Patah balik ke Phranang dan dapatlah kami kayak yang diingini. Pukul 4. Jadi sejam dah memadai. 200 baht/hour/kayak.

Here's the pic.











Singgah berteduh kat 'pulau' sat.












melepak sambil menghadap Phranang Beach
Pukul 5 lebih sikit, kami pulangkan kayak dan mandi air laut pula sebelum menaiki longboat dari Phranang Beach ke Ao Nang. Last boat pukul 6 petang.



Next destination, p Ao Nang Bacpackers Hostel ada urusan jap kat situ sambil sempat menumpang wifi untuk update kat Zaid lokasi kitorang.

Dah settle, p masjid Ao Nang, try street food and makan sampai kenyang, ke Ao Nang beach cari sovenir dan n between tuh patah balik ke Ao Nang Backpackers Hostel sebab ada orang tertinggal helmet. Pukul 8.30 malam baru sampai Krabi town.


Sampai-sampai je, Pak Man told us "your friend is very worried you know!". So sweet of Zaid, risaukan kami. Mana taknya, whatsapp pukul 6.30 cakap dah nak balik, pukul 8 tak sampai-sampai padahal tak jauh mana pun. Too busy makan street food katanya. Haha. Sori Zaid. And thanks sebab tolong arrangekan bilik untuk Hana and I malam itu. Mujur ada bilik kosong.

Mandi-mandi settle apa yang wajib, kami ke Krabi Night Market yang hanya dibuka pada weekend sahaja. Dah nak tutup dah time kami sampai ni. Tapi sempat juga membeli sovenir kat satu kedai ni. Murah jugaklah. 11 fridge magnet dalam 200 baht. Boleh mix and match dengan keychain dll yang sama harga. Tshirt and tote bag pula ranging from 100 baht ke 200 baht, bergantung kepada design.

Ini kedainya. Bistro Bar. Thanks atounk for the pic
And ada satu kedai lain jual baju murah kain sedap design cantik ranging from 100 baht to 150 baht untuk saiz S dan M. Makin besar saiz makin mahal.

Dah puas dengan hasil tangkapan, p night market untuk late dinner. Kenyang-kenyang, ambil gambar kat Pulau Ketam, dan kami beransur pulang. Esok nak balik Malaya dah. Sobs.



Bergambar kenangan di Pulau Ketam


Bersambung...



6 comments:

  1. Ajla, Railay Beach tu pernah masuk dlm rancangan Globetrekker di Channel 707 beberapa tahun lepas...saya tgk seriau ajelah sebab nak kena permukaan batuan tu macam licin je hehehe..blue lagoon tu mmg rare ahhh..rasanya tak ramai yang singgah situ, kan Ajla? mgkn sebab treknya mcm nak pengsan aje saya tgk hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. nampak sangat sy xtengok 707. malu sendiri. kiki.. kawan sy hr tuh time dia pergi, lagoon nya kering. xde air. time kami ni sebab ada air, berselut, secara xlangsung bila mendaki balik terpalit kat trek. masa awal2 kitorang naik nmpk mat saleh badan berlumpur, terkejut kitorang. rasanya kalo trek kering, xsusah in sha ALLAH. hihi

      Delete
  2. Uishhh...lasak dan mencabar.. bg yang minat ni memang seronok..he..he.. ah kak x bape nak minat la... sejak dari kecik sampai la ni.... ketam tu mmg ikon kat situ eh,, ada nmpk bnyk kali bloggers post gambat kat ketam tu..he..he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak. ketam tuh memang ada di situ. macam wajib pula bergambar. kiki. kitorang ni pon lagi2 saya baru nak berjinak2 memanjat. alhamdulillah dipermudahkan jugak. byk bnd boleh explore kat krabi yg sesuai utk family. hehe

      Delete
  3. assalam..ajla bleh x nak minta itti sawadikap awk ni..bleh email dekat saya fadzgreen@gmail.com..terima kasih byk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Saya xde proper itinerary sebenarnya. just kasar2.hard copy conteng2. tambah pula byk bnd yg kami prnt scrn save dlm hp, rujuk situ most of the time.

      mungkin boleh rujuk link sy yg ni

      http://ajlaarasid.blogspot.com/2015/01/sawadeekappp-itinerary.html

      dan ni kompilasi utk semua entri thailand

      http://ajlaarasid.blogspot.com/2015/02/sawadeekappp-part-7-going-back-from.html

      Delete