Sunday, 29 January 2012

FRIM and Fit

Assalamualaikum

Cuti seminggu yang padat. Isnin ke Broga Hill. Rabu ke FRIM. Jumaat ke Bukit Cerakah pula.Ahad nak balik Sarawak. tak nak tulis banyak2 (konon). tepek gambar jelah wpn gambar sendiri tak banyak. ohoh

FRIM yakni Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia terletak di Kepong tidak jauh dari taman tasik kepong yang menjadi lokasi utama kawasan bermain layang-layang di Kuala Lumpur

banyak tarikan kat sini. tempat terbaik untuk belajar mengenai perhutanan di Malaysia. selain makmal kajian yang banyak, kat dalam ni juga terdapat Taman Botani, kawasan perkelahan. banyak orang berjoging dan juga berbasikal di dalam kawasan FRIM ni. sek rendah and sek agama pun ada.

motif kami ke sini?
menaiki jambatan gantung. wohoo~
kali kedua bagi saya, kali pertama bagi mereka orang

Bayaran masuk :
Lokasi : pintu utama FRIM
Exact value tak tahu sebab melihat kaedah pengiraan pak guard, dia kira ada berapa orang. then dia caj sorg RM1. mintak diskaun dapat lah RM8. dekat resit tulis kereta + pemandu (RM5), then 3 dewasa RM3. aku pun konfius.

Bayaran Canopy Walkaway :
Kaunter tiket : Pusat Cenderahati
Harga : Seperti dalam gambar. Kami berempat, kakak and ahmad je yang naik. mak ayah and Irsyad g mandi2 di kolam renang di hujung jalan
ada disediakan map fotostat. titik akhir adalah picnic area.


dah siap2 beli tiket, bergerak lah kami ke titik permulaan. btol2 dekat simpang masjid.
as usual. set dulu masa. 10.50 pagi. 900 m to go~


contoh laluan adalah seperti dalam gambar :) 1st 400m adalah macam ini.


500m seterusnya macam ini. amacam? best tak. bertangga tangga yang proper jika dibandingkan dengan Broga Hill. tapi anak-anak tangga nya bentuk gaya bebas lah. ada yang tinggi, rendah, pendek, panjang.
pukul 11.20 dah sampai di pondok canopy.
menurut petugas di kaunter tiket kat bawah tadi, katanya jambatan gantung ini lebih tinggi dari aras laut berbanding yang Taman Negara Pahang punya. mengikut pengalaman zaman sekolah saya, Taman Negara punya tak tinggi tapi panjang lagi berbanding yang FRIM ini
Berikut disertakan waktu operasi.
kirenya plg last kalo nak gerak dari titik permulaan adalah pukul 1.30 ptg. bajet2 lah. ktorg amik masa setgh jam. kalo banyak kali berhenti atau nk santai2 je jalan, mungkin ambil masa lebih sedikit.

sebab ada sorang budak termenangis, disebabkan ketinggian dan juga jambatan gantung yang bergoyang2 ditiup angin, terpaksa lah jalan laju2 kat canopy walkaway itu untuk cepat sampai di hujungnya. kegayatan budak2 ini menyebabkan ku tergayat sekali. ces.
muka gembira masing2 awal2~
jalan dekat2 sebab takut~
tak lame kot atas tuh. terpaksa amik gmbr sambil jalan, kat pelantar pun kejap2 je amik gmbr. View from the top memang awesome. Subhanallah. boleh nampak KL rase2 nye. hehe. tak sempat nak hayati lama2. settle2, turun lah ke bawah. turun bawah tidak mengambil masa yang lama. sbb tak pakai tenaga sangat tapi masih perlu berhati2 sebab walaupun ada tangga, batu2 besar2 pun banyak juga.

apa yang menyeronokkan adalah semasa turun itu, di mana kedengaran deruan air terjun menderu2.
tak dalam pun air terjun nya, tapi oklah kan dari takde.
sejuk dan redup je.
gambar 6 - en baju biru menghala ke campsite. hanani tudung biru bj pink itu trn ikut batang paip menghala picnic area
belum sampai lagi ni.

picnic area bawah lagi. jadi kami berpisah di sini, sebab daku kene amik keta nk bwk ke hujung FRIM tempat picnic area itu. mereka yang muda2 ini meneruskan perjalanan mengikut trail dan ikut arah air terjun lah kire. (rujuk caption =)


jalan punya jalan, sampai sudah. opkos depa sampai dulu. sy sampai kemudian. kecik je picnic area neh. untuk budak2 seronok dan sesuai lah sebab depa ade buat kolam cantik2 and sebab tak dalam sangat.

ms i pergi dgn coursemate dulu2, kami tgk air cetek je mcm tak puas nak mandi, jd ktorg pergi ar membawa diri ke Air Terjun Kanching kat Rawang yang xjauh sgt dr FRIM. yang neh mmg puas mandi.



dah mandi2, tgk Arapaima gigas pulak kat kolam yang dekat dengan keta lembu. orang kata dalam kolam ni ada arowana jugak. tapi tidak dinafikan giler besar ikan die. mcm buayer adik ku kata. 

ikan berenang2 mcm tu jelah. xde beliau tunjukkan muka

tamat lah sudah perjalanan setengah hari kami di FRIM. hihi. Bukit Cerakah pula selepas ini~

2 comments:

  1. Perghhh... Tak sangka ada kawasan semula jadi yg cantik berdekatan KL huhuhuu...
    Insyallah boleh cuba baluk malaysia nnti.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada~ naik MRR2 sampai lah. setengah jam dari pusat bandar kalo x jam. tourism selangor pun ade buat aktiviti kat sana. boleh try tgk blog kak maszuber ni untuk bacaan lanjut. eceh http://theponderofme.blogspot.com/.

      Delete